kasih sayang
Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin
Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu
datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah
jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham.
Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus
dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya
tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu
bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya
tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar
Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham saja. Mari ke kedai saya supaya
saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus
lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga
yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah
lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga
agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada
badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu
menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham."
Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Az-Zuhri dia telah berkata: Pada suatu hari
Rasulullah SAW telah mengutus Sa'ad bin Abu Waqqash ra. untuk mengetuai suatu
pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka
telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra.
mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu. Dengan itu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. menjadi orang pertama yang
memanah di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang pertama
terjadi di dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72)
Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: Pada hari pertempuran di Uhud
Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang Musyrikin dengan sebatang
anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah itu, kemudian dipanahnya
orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai
para sahabat merasa hairan tentang keberanian Sa'ad itu. Maka Sa'ad berkata: Nabi
SAW yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu
berani sekali. (Al-Muntakhab 5:72)
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah
untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita
sendiri."
Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang
menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan
ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari
kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap
kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap
kasih sayang-Ku," jawab Allah.mam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia berkata: Ada seorang lelaki
yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh
kepada orang-orang kampung. Dia bercerita: Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam
rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata
kepada diriku: Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru
itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk aku bawa kembali
bersamaku?! Aku pun pergi kepada Rasulullah SAW untuk bertanya sesuatu, lalu Beliau
menunjuki arah sebuah rumah, katanya: Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu .
Pernah dia mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya
dan sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia
kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun
hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat kedua belah
tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan, katanya:
"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan jaminan bahawa siapa yang keluar berjihad
pada jalanmu, Engkau akan pelihara harta bendanya, dan sekarang aku telah
kehilangan seekor kambing, dan alat tenunanku. jadi aku minta ganti kambing
yang hilang dan alat tenunanku itu!"
Rasulullah SAW terus menceritakan betapa sungguh-sungguhnya dia berdoa dan
memohon kepada Tuhannya, sehingga pada esok harinya dia mendapati di pintu
rumahnya kambingnya yang hilang itu dengan seekor kambing lagi bersamanya. Begitu
juga dia melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu alat tenun yang lain. Itulah
ceritanya, kata Rasulullah SAW dan jika engkau mahu, pergilah kepadanya di rumah itu,
dan tanyalah dia cerita itu! "Tidak", jawabku, "akan tetapi aku percaya semua yang
engkau katakan itu!" (Majma'uz-Zawaid 5:277)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar